Wednesday, August 20, 2008

JODOH


Jodoh?..susah nak kata..tapi dengan izin tuhan aku di pertemukan jodoh ketika usiaku 27 tahun..dah tua tu..tapi biasalah wanita berkerjaya..hiks..hiks..salam perkenalanku dengan suamiku tanpa di duga dan di rancang..mungkin inilah yang di katakan jodoh..tak sampai setahun menganyam cinta kami di tunangkan pada 16 september 2006..





6 bulan selepas itu kami di nikahkan pada 11 February 2007 selepas di nikahkan di Masjid Felda Keratong 7

dan di raikan dalam majlis yang serba sederhana pada 18 February2007



sekelip masa berlalu...kini telah setahun lebih kami mendirikan rumahtangga...bnyak lagi yang kami belum tempuhi dalam mengharungi pahit getir dan suka duka berkongsi hidup..perbezaan umur 10 tahun antara kami kadang2 kelakar jugak..lagu2 kontemporari pada zamannnya membuatkan aku terasing jugak..tapi buat2 macam pernah dengar..hehe..jadi kami sama2 dengar Sinar fm..hehe..mungkin orang yang lebih tua ini lebih sabar..sedikit sebanyak membantu mengawal jiwa muda aku yang panas baran dan suka memberontak ni..cian suamiku..terima kasih suamiku kerana memahami..


ada satu ketika..aku teringat kawan2 semasa menuntut dahul u..ramai yang bercouple dan merancang untuk hidup bersama...aku kadang2 sedih sbb belum bertemu pilihan hati..tapi aku pegang pada janji Allah..semua orang ada jodohnya..kalau bukan di dunia di akhirat kelak..lebih indah rasanya berkasih sayang di negeri yang kekal abadi..
hakikatnya..cinta x semestinya bersatu..sayang x semestinya cinta..ianya soal jodoh..andai lelaki/perempuan itu memang jodoh kita..x perlu susah2 mencari..x perlu susah menagih kasih..x perlu menangis sendu..jangan menangis kerana cinta..bak kata pujangga..cinta bukan untuk di tangisi..tinggalkanlah cinta itu andai ia membuatkanmu mengalirkan airmatamu..ketahuilah bahawa..jodoh itu akan datang jua kepada kita..cuma faktor masa sahaja yang menentukan..cepat atau lambat..aku juga sentiasa berdoa agar jodoh ku di panjangkan dunia dan akhirat..Amin