Monday, October 13, 2008

Aidil fitri 2008

1 syawal 2008 telah menjelang..tahun ke-2 beraya bersama suami...tapi tahun ini ada permata hati kami Muhammad aqil..tahun lepas aku pregnat 8 bulan ketika syawal 2007..hehehe..tahun ni lebih meriah..
Tahun ni beraya kat keratong dulu..pagi2 syawal..sibuk aku kejutkan adik2 n suami mandi raya ..seperti biasa,aku amik kontrak gosok baju..pastu mandikan aqil dan siapkan dia pakai baju melayu..hehehehe..comelnyer..

inilah Aqil yang sedang menunggang kuda di pagi raya.

Menu raya tahun ini ada kelainan siket..pertama kali kami wat satay..di samping tuh acara tahunan abah menjamu buag anggur tidak di lupakan..lauk seperti rendang kerang,gulai ayam and rendang ayam tetap ada..



Lepas solat raya,semuanya bermaaf-maafan..dan macam biasa..aktiviti tahunan..amik gambar sekeluarga..tahun lepas aku beraya kat telok intan dulu..jadi tiadalah gambar aku tahun lepas..tahun ini ada juga yang kurang..adikku yang nama ehwan berada di kem tentera udara..yang lagi sorang pulak si Omar yang macam2 tuh lom siap lagi berpakaian ketika sesi pergambaran,,apa..raa..




inilah gambar kami sekeluarga..dari kiri belakakang;suamiku,osman,abang ehsan,matni,yasiir..di depan dari kiri;aku,nyanyak,abah dan emak..


Ramai juga kawan2 abah yang datang..kawan aku adalah sorang..dia datang ngan famlily dia..anaknya faiz ikhwan sebaya aqil..satu family warna biru..me and my family ala2 warna peach x jadi..hahahaha..

inilah gambar aqil and faiz ikhwan.

Pada hari raya tahun nie..suamikulah yang paling berjasa membakar satay2 tersebut..cian dia..pakai baju raya sekejap jer..dah sibuk bakar membakar. dalam pada tuh ada gak adegan pelik..adikku yang bernama Omar tuh cubalah belajar membakar satay..ada ke patut dia curah minyak diesel pada arang..berasap lah..nasib baik satay tak rasa
diesel..